14.5.11

Kenangan Terindah

15.5.2011(selesai menaip 9.55 mlm,waktu Mesir)-jam tangan ana

Alhamdulillah pagi tadi…ana sempat turun berjemaah di surau…lepas subuh ,baca Al-Quran and then masa nak naik atas balik rumah,,,ana sempat jugak buka pintu gerbang rumah Kedah…tengok suasana pagi kat luar. Alhamdulillah rasa tenang sangat. Nikmat tenang ni harus disyukuri.

Pagi ini berbagai kenangan menjelma tiba…teringat zaman sekolah menengah, pastu zaman sebelum mai Mesir, zaman budak tak matured tahun 1 universiti , macam2 la. Semua tu sudah berlalu. Kini tinggal kenangan. Apapun semua tu indah kurasakan. Apa yang Allah beri adalah yang terbaik untuk diriku.

Dewan Sultan Badlishah...Tempat Yang Penuh Nostalgia

Rumah Sewa Qurratul 'Ain. Kitaorang panggil QA. Tapi ana tinggal di QQ

Queen Qontrol…J…lawak je.

(Qurratul Qalbi)

Penyejuk Hati

Ini La Jejantas Yang Selalu Ana Panjat Untuk Ke Seberang Jalan. Pelajar Berdisiplin La...

Dulu...Kalau Pi Pasar Tu...Gheja Nak Tangkap Gambar Ja...La Nie...Tak Dan Aih...Nak Pilih Buah La

Rindu Mesia La Time Nie...

Pastu, teringat ana, pada sebuah janji sebelum datang ke Mesir ni. Namun, janji tu sering diabaikan. InsyaAllah ana akan cuba. Terus melangkah...biar pun ranjau dan duri terpaksa diredahi. Moga Allah beri kekuatan. Membimbingku di setiap langkah...amiiin

Korang Berdua Memang Kan...Time Ateh Nak Ambil Gambar Time Nie La...Korang Nak Sembunyi2 Muka.

*Kenangan itu masih segar di ingatan...Alhamdulillah... Buat semua guru-guru yang disayangi, semoga Allah memberi rahmat di atas setiap pengorbananmu...amiiin



1 ulasan:

Unknown berkata...

rindukan kenangan lama ,,selalu hntq kak p maktab mahmud..p rumah sewa kak ,,mcm2 laaa semasa kak sekolah kt sana ,iman tu suka buat lawak laaa,,time tu dia sja dok main2 ngn hg,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...