3.5.11

Tazkirah Buat Semua

Dari Mana Datangnya PHD

(PENYAKIT HASAD DENGKI)

1.PERMUSUHAN.Dua orang yang bermusuh atau berbalah sering menaruh perasaan dendam dan niat yang tidak elok terhadap musuhnya.Jika musuhnya mendapat nikmat lebih daripadanya, maka sifat kedengkian akan semakin bertambah.Marah akan semakin membara.Dia tidak bimbang seandainya nikmat itu tidak diperolehinya asalkan musuhnya juga tidak mendapat nikmat tersebut.

2.SOMBONG DAN ANGKUH.Sifat sombong yang menyelinap dalam diri setiap insan akan menjadikannya tidak senang hati dan tidak senang duduk melihat insan lain mendapat nikmat melebihinya.Maka perasaan hasad dengki akan mula tumbuh dalam hatinya.Dia sering memandang rendah terhadap insan-insan di sekelilingya dan angkuh dengan kelebihan yang ada pada dirinya.Sedih sekali.Dia tidak menyedari kelebihan yang dimilikinya itu hanya bersifat sementara.Namun itulah penyakit hati yang gersang dari siraman iman,tandus kekeringan.

3.KECINTAAN KEPADA DUNIA.Antaranya ialah harta dan kuasa.Dikatakan antara sebab pendeta Yahudi enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah kerana takut hilang kuasa.Justeru itu,ingatlah harta dan kuasa hanyalah perhiasan dunia semata-mata.Tiada yang kekal abadi melainkan Allah Subhanahu Wata’ala.Perasaan cintakan dunia menyebabkan manusia tidak dapat melihat sesuatu dengan mata hatinya kerana diselaputi penyakit hasad dengki yang membuak-buak.

4.TAKUT KEHILANGAN SESUATU.Seringkali wujudnya persaingan yang tidak sihat sesama manusia bagi mendapatkan sesuatu yang sedikit atau terhad.Maka,perasaan hasad dengki sukar untuk dielakkan bagi mereka yang imannya terlalu nipis.Jadi,janganlah kita lupa bahawa Allah Maha Memiliki segala sesuatu.Berserahlah kepadaNYA.Maka sama-samalah kita menghiasi iman dengan akhlak yang terpuji.Menjadikan Nabi kita sebagai Qudwah Hasanah.Sentiasalah kita takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Ayuh Penuntut Ilmu,

sucikan hatimu dengan zikrullah

milikilah hati nurani

agar hidupmu diredhai

please…jangan ‘jealous’ terhadap kebahagiaan dan kesejahteraan hidup orang lain.Jika kita sama-sama menjaga hati…insyaAllah kita semua akan bahagia di dunia dan akhirat…

katakan tidak pada penyakit hasad dengki

Kiriman:Nur Shuhada Mansor

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...