26.4.10

Sanah Helwah Abangku


hrnie 27.04.2010...sekali lg,ana nk ucpkan selamat hr lhir buat abang yg di sayangi...
x telefon pun lg.wlupun x dpt ucp face to face,,,ucp kt facebook jer.
ada sajak skit(entah sajak entah rojak)

semusim kita bersama
bagai seabad terasa
suka dan duka
tempuhi bersama
hr ini hr yg bahagia buatmu
walau tanpaku di sisi.
27.04.1989
hr itu lahirlah bayi yg comel
diberi nama yg indah
Ridzuan Affandi bin Mansor
lahirmu adalah anugerahnya
yg tiada ternilai
kini...kau sudah dewasa.
gerak langkahmu makin berwibawa
abangku...hadirmu ku hargai
sifat tawadhuk yg ada padamu
aku kagumi dan senangi
kerana aku yakin
kau telah menjadikan
Rasulullah sebagai qudwah hasanah
alhamdulillah...
hari ini kau lahir
sebagai pejuang agama yg
tulus jiwanya
luhur budinya
syukur kpd Allah
dikurniakan abang sepertimu
dpt membimbing keluarga tercinta
pd Tuhan ku berdoa
moga keikhlasan sentiasa mengiringi
langkah perjuanganmu.
salam sayang bersemi kasih

sanah helwah ya wasim.



kenangan bersama insyaAllah
takkan ku lupa
jasamu ku hargai
syukron jazilan

ok,kita imbau sedikit kenagan masa lalu...
masa kecik2 kita selalu bergaduh.ermmm.b.wan sombong.
dikda garang.
kalau bwan kedekut nk bg pinjam brg
dikda mesti rasa nak marah.
kdg2 bersabar.kadang2 x dpt tahan sabar.
terus lepas ja kata2 yg kesat.minta maaf yer.
ermmm bila dah besar pun kadang2 dikda buat macam dulu jugak.
dgn adik beradik susah nak ubah perangai.napa yer???
bila dh besar.lama-lama kenal.tahu la bhwa bwan x kedekut pun.
baik orgnya.bawa jalan-jalan(belanja RFC)atau sebaliknya???.....:)

p/s:terima kasih sanggup p ambik dan hantar blik rumah sewa(zaman sekolah menengah dn kerja kat tadika.

*semoga nikmat panjang umur dan murah rezeki yg Allah Taa'la berikan ini menjadikan kita semakin dekat dan cinta kepadaNYA.


Tuntutlah Ilmu.hiasi peribadi

hadiah yg b.wan suka rasanya...khas buatmu...terimalah ia.jagalah...:)wlu
agak semakin aktif



Aqil sayang jugak.
nanti bawa jalan-jalan yer.

*doakan adikmu di sini tidak leka...diri ini memerlukan sokongan,dorongan dan bantuan dr semua.

25.4.10

Sanah Helwah Adikku


24.04.2010 ulgthun kelahiran Adikku,Nurhidayah Binti Mansor.
sedih...selalunya dpt ucp face to face.tp thun nie jauh di perantauan menelefon.
apapun kak ucapkan selamat hr lahir buatmu,,,semoga berjaya di dunia dan akhirat.
semoga kebahagiaan kan kita kecapi BERSAMA di akhirat sana.



akak doakan semoga nikmat dipanjangkan umur yg Allah berikan ini dapat adik gunakan dengan bijaksana.taburlah jasa dan bakti.cintakan Islam semaikan Iman dalam hati.moga dirimu tenang mengharungi liku-liku hidup ini....


kak ade pesanan untuk adik...terimalah ia(dari jauh ni...:))
  1. cintailah Allah.berusaha menjadi hamba yg bertakwa
  2. ikhlaskn niat dlm setiap pekerjaan...insyaAllah manis akan kau rasai di hujungnya...
  3. solatlah dengan khusyuk.cari ketenangan yang hakiki.
  4. sentiasa menambah amalan2 sunat-puasa,zikir dan selawat
  5. cintai Rasulullah.amalkan sunnah baginda-qudwah hasanah tauladan ummah
  6. jaga mak dan abah.berbakti kepada mereka.sama2 kita jaga hati mereka.
  7. jaga keluarga dan rumah yer...
  8. study awal2.jgn tnggu dekat exam.insyaAllah adik akn dpt lbih baik dr kak.kak sntiasa doa.
  9. sentiasa meningkatkan mutu akhlak.hiasi peribadi.jadilah muslimah sejati
  10. di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung.
kak nak ucap terima kasih kat dik yah kerana banyak membimbing diri ini.akhlakmu ku jadikan contoh.minta maaf atas salah dan silap yang dilakukan.tutur kata dan perbuatan mungkin banyak menyinggung hati adik.

renungkan...sama-sama praktikkan

oklah,,,untuk akhirnya,,,ada hadiah yg x seberapa mana.KHAS BUATMU.

DOAKAN kak di sini...menuntut ilmu mencari mutiara2 untuk dibawa pulang.tunggu kak yer:)
ok,,,jaga diri molek2.

16.4.10

PATAH HATI



LAGU kumpulan SAUJANA album baru...

kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
entah hilang seri
manakah manisnya
kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
madah tak berlagu
manakah girangnya

patah hati jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati
patah hati jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri

Bukankah Tuhan
ciptakan malam untuk beradu
menanti siang
bukankah Tuhan
titiskan hujan
menanti limpah
kemarau panjang




kenapa dgn sahabat kita?
sedih,gembiranya,sakitnya...
pasti ada hikmah.
selami bersama.


patah hati jangan terdampar sepi

patah hati jangan tersungkur mati:):)


patah hati jangan leburkan mimpi:]:]


lihatlah bunga...salah satu cara penawar patah hati


AL-QURAN...penawar HAKIKI...
Tenang
membacanya SATU IBADAH
menjernihkan jiwa-jiwa yg kotor
NIKMAT ANUGERAH ILAHI
kalamNYA...
syukur segalanya dariMU

24.3.10

khas buat mak dan abah...



salam rindu bersalut kasih
salam cinta bersemi mahabbah
bonda...ayahanda...
anakanda di sini terlalu merinduimu
rindu akan saat itu,
sekian lama ia berlalu
pahit manis sama-sama kita rasa
tangisan,gelak tawa riuh kedengaran
hadir...menemani detik itu
jadi saksi bahagianya bersamamu
bahagia punyai bonda dan ayahanda
memahami diri ini
sering kali anakanda lemah semangat
tidak yakin untuk terus melangkah
goyahnya perasaan ini...
Dikau tetap datang
membawa secebis kata
tidak banyak...tapi penuh pengucapan
terisi hatiku...

YA TUHAN
hikmahnya pedoman yang Kau
lontarkan...

Bonda...ayahanda...
terima kasih yang tidak terhingga
melahirkanku,menjaga dan mendidikku
akanku simpan dalam kotak kenanganku
saat-saat indah itu
agar ku tahu kasih sayangmu
tidak terbalas dengan wang ringgit...mahupun
harta sebesar mana sekalipun
oh insan yang amat ku sayangi
maafkanku...
andai tingkah laku,tutur kata
dan budi bicaraku
menyentuh hati nuranimu
mengguris perasaanmu.
sepuluh jari ku susun
memohon kemaafan
restuilah perjalanan anakmu ini
doa dan nasihat daripadamu
sentiasa kuharapkan
bimbinglah anakmu ini...
agar menjadi perantau musafir perjuangan
yang kental hati dan jiwanya


5.3.10

JADILAH WANITA YANG CANTIK JIWANYA



Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari
sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal


sapa suka tengok bintang kt langit???
cepat ngaku!
ana nk kongsi sesuatu...


pemandangan bintang di langit sangatlah indah...keindahan yg sgt menarik hti.keindahan selalu berubah dgn beraneka mcm warna pd wktu yg berbeza-beza.blh tengokla wktu pgi berbeza dgn maghrib,keindahan wktu terbit dan terbenam matahari,keindahan malam purnama dan malam tnpa cahaya bulan rembulan,keindahan langit yg cerah dan langit yg diliputi awan.Bahkan keindahan itu berbeza,jam tertentu dgn jam yg lain,pndgn tertentu dgn pndangan yg lain,dri bilik tertentu dgn bilik yg lain.

semua itu adalah keindahan dan semuanya harus dinikmti dgn renungan

*Bintang yg kelihatan menyendiri nun jauh di sana bagaikan mata yg indah berkilauan memancarkan kecintaan dan seruan

*Dua bintang yg lain di tempat yg berbeza seolah-olah saling bersahutan

*Kelompok-kelompok bintang yg lain bertebaran di sana sini,bagaikan kumpulan orang-orang yg sedang berdiskusi nun jauh di sana di cakerawala langit.

rembulan yg pada awal kemunculannya di suatu malam kelihatan kecil,seterusnya beransur-ansur membesar pada malam-malam berikutnya,hingga ke sampai pada puncak kebulatannya kelihatan begitu cerah.Setelah itu ia mulai berkurang dan mengecil,hingga kelihatan bagaikan di awal kemunculannya dan di malam terakhirnya ia hampir tidak muncul sama sekali.

di Masjid Al-Azhar,,,malam

Ruang angkasa ini tidak pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai pada penghujungnya.Sesungguhya itulah keindahan iaitu keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk dinikmati.Akan tetapi manusia tidak dapat menggambarkan keindahan dan dan kebahagiaan yg mereka perolehi dgn untaian kata-kata...

...BUAT BEKALAN DI PERJALANANMU...
Kenyataan Yang Tidak Boleh Dihindari Harus Diterima,Jika Engkau Gelisah Sebab Kenyataan Itu,APA ERTINYA KEGELISAHAN ITU?

19.2.10

MALAS...DAN WAKTU PAGI...


Malas...
segala-galanya terasa malas!
kenapa yea???
sama-sama kita cari
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
jumpa dak lagi nie?,,,
ok...
jom kita muhasabah diri...koreksi diri
sejak bangun pagi,,,apa yang kita buat?
emmm...baca doa x?nie satu kita selalu lupa...
so,jgn lupa baca doa agar mendapat keberkatan dan sifat malas itu tak mengiringi perjalanan hidup kita dan lebih bersemangat di waktu pagi.

bermula di waktu pagi...kita nk mulakan tugasan,,,kerja-kerja rumah.
jadi,,,apa kata utk mengelakkan sifat malas nie,jgn kita tangguhkan kerja2 kita.
la tuakkhar amalil yaumi ilal ghadd.banyak sgt la pngalaman yg ana dpt drp menangguh2 kerja nie.mmg pun!kesudahannya terasa penat,kalut,gelabah dan sebagainya.salah satu tulisan yang ana petik dari buku U-TURN KE JALAN LURUS"pengajaran hebat dalam perubahan diri"...penulis buku,Ustaz Zul Ramli M. Razali ada mengatakan dalam Laman butiran kebijaksanaan bahawa menyedari waktu pagi ialah waktu untuk memperkukuh minda,emosi dan hati.Mendahulukan kedukacitaan akan menjerumus seseorang kepada hilangnya sifat redha terhadap ketentuan Allah terhadap kita.

bolehla nk cri kat kedai...

taknak MALAS dah,,,
nk jadi muslimah yang rajin???jom sama2 belajar dari kesilapan dan ambik pengajaran dr perkara2 yang sudah berlalu.

8.2.10

Pameran Buku.....Maa'rodh kutub!


assalamua'laikum...=) alhamdulillah.kali pertama semenjak berada di bumi anbiya',ana dikurniakan masa yg lapang utk pergi melawat pameran buku di sini.dlm bahasa arabnya,maa'rodh kutub
betul kan?maa'rodh kutub

dua kali dah pergi.mmg x puas klu pergi sekali ja!maa'rodh antarabangsa ni!besar-besaran la kan.dlm perjalanan ke sana kami pergi menaiki bas.balik rumah dgn teksi la.sebab apa???
pertamanya buku banyAk.Keduanya letih la kan berjalan.mmg luas!apapun jalan2 tue bukan membuang masa tp banyak merehatkan otak yg kepenatan setelah menghadapi fatrah imtihan yang berlansung hmpir 3 minggu.bagi sapa2 yg terlibat...syukur itu penting!banyak lagi kan faedah yg boleh kita dpt...ok,mari kita lihat buku yang ana beli.

inilah buku yang sempat ana beli...setahu ana...antara buku yang dibeli tue...ada dua buku yang diterjemah ke dalam bahasa melayu...cuba teka buku apa yg ana maksudkan?...


ni cara ana study kitab "100 kisah dari kehidupan IMAM AS-SYAFI'E.jelas x?
ana amat mengharap sgt jawapan dari kalian yang membaca post kali ini...jawapan ttg cara nk belajar memahami maksud yang terkandung,cara nk baca kitab dan sebagainye...ye la dalam bahasa arab.jadi,,,perlu tahu kaedahnya...


SAMA2 kita mencontohi kepimpinan ULAMA'...


ketenangan di bumi anbiya'...

ok,setakat ini saja!semoga dpt bertemu kembali...ilalliqo'.maa'ssalaamah.

24.1.10

Exam berbaki 3 madah lagi...dan nk tengok?

assalamua'laikum...exam berbaki 3 madah lagi.1-Mantiq,2-ulum Al-Quran,3-Tarikh sunnah.
ALHAMDULILLAH...imtihan berjalan seperti biasa.WLUPUN dalam musim sejuk,,,alhamdulillah kami di sini sama2 dpt mghadirkan diri.(sejukkk,ketaqqq xtau nk habaq)

........


........


........

ehmmm,,,baru2 nie ana menelefon mak dan abah di Malaysia!rindu pada mereka!begitulah,,,jauh di mata dekat di hati!ya...telefon minta semangat dan nasihat drp mak dan abah.tp apapun,,,kita kena ingat ibu dan bapa manakah yang tidak mendoakan kesejahteraan anak2 mereka.kasih sayang mereka tidak berbelah bagi.
sahabat-sahabat dan kak2 di sini juga banyak memberi tunjuk ajar.ya!di sini ana pun bersama sahabat2 lain mengadakan usrah(muzakarah ilmiah)di setiap hari Jumaat.ada benda ana nk kongsi tentang usrah!nk tengok???
.
.
.
.
.
.
.

dalam usrah...kami ditaklifkan untuk memberi kad ucapan sebagai kata2 semangat sempena imtihan...thanks pada 2 org kak naqibah yang begitu komit terhadap adik2 usrah.

jom kita saksikan!

tiada kaitan dengan USRAH.tp gambar si kecil molek nie sebagai pembakar semangat untuk terus berjihad dalam menuntut ilmu!GO!GO...ATEH!


Kad dr Ustazah Madihah~MUTIARA ILMU~


Kad dr Ustazah Jamilah~PERJUANGAN~

Kad dr Ustazah Filzah~MENUNTUT ILMU~


Kad dr Ustazah Fasihah~BERKATA DAN TINDAKAN~



Kad dr Ustazah Amira~MASA ITU EMAS~



Kad dr Ustazah Shidatul~UKHWAH FILLAH~



Kad dr Ustazah Hidayah~USAHA DAN PENGORBANAN~

BEGITULAH kad yg begitu kreatif dan fleksibel dari sahabat2 ana.thanks 4 antunna!rajin2 bagi lagi.jasa kalian mengunting,menulis,mewarna,melukis,menggaris,membulat2,mencorak2,bubuh reben amatlah dihargai!semoga kalian berjaya di dunia dan akhirat...
nyum!nyum!

17.1.10

Exam bermula...

pagi td pukul 9.30 bermulanya imtiham sem 1...pg tue agak gemuruh la jugak...sebab pa? may b first pengalaman exam kat mesir,,,jauh dari keluarga.macam2 perasaan...apapun semangat dari mak abah,keluarga dan sahabat2 lah antaranya yg diharapkan.


apa yg penting?tenang...dalam menjawab soalan2 nie,,,ketenangan amat penting...macam air tasik kat atas...nmpak tenang ja kan?x boleh gelabah2 sgt.cewah!cerita sikit la kan,,,pengalaman!
baca arahan bg jelas.pastu,kdg2,,,tgh jawab,tiba2 ablah yg dok jaga dewan bg la apa2 arahan.HA!mula dah la.apa nie?apa nie?dorang bg arahan pe?arab ammi kan.laju plak cakap.
sempat la serba sedikit tangkap perkataan diorang.


apa kaitan dgn gmbr kat atas?apa yg ana nk gtau kt sini,,,semasa menjawab soalan2,FOKUS tu sgt penting.walaupun masa yg diberikan sgt lama(berpadanan dgn soalan).lama-lama tu macam2 nk mai.lapaq la,teringat mcm2.so,banyakkanlah berselawat moga2 kita dapat memberi tumpuan dlm mnjawab soalan...dan dpt mengingat tajuk2 yg dipelajari &dihafaz.


then...janganlah ada antara sahabat2 yang fade up ataupun tertekan dgn fatrah imtiham nie.
YAKIN dgn usaha,banyakkan berDOA,insyaAllah NAJAH.selesai menjawab,TAWAKKAL pada Allah atas jawapan2 yg ditulis...doa,,,moga2 dukturah dalam keadaan tenang memeriksa paper pelajar2 yang sgt ramai.semoga BERSEMANGAT,KUAT dan TABAH untuk meneruskan perjalanan.!Bittaufiq wan najah.

IMAN...Ateh rindu sama kamu.1,2,3,4,5,6,7,8,9.....TEN.pandai!
A,E,I,O,U.......stop!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...