14.5.11

Kenangan Terindah

15.5.2011(selesai menaip 9.55 mlm,waktu Mesir)-jam tangan ana

Alhamdulillah pagi tadi…ana sempat turun berjemaah di surau…lepas subuh ,baca Al-Quran and then masa nak naik atas balik rumah,,,ana sempat jugak buka pintu gerbang rumah Kedah…tengok suasana pagi kat luar. Alhamdulillah rasa tenang sangat. Nikmat tenang ni harus disyukuri.

Pagi ini berbagai kenangan menjelma tiba…teringat zaman sekolah menengah, pastu zaman sebelum mai Mesir, zaman budak tak matured tahun 1 universiti , macam2 la. Semua tu sudah berlalu. Kini tinggal kenangan. Apapun semua tu indah kurasakan. Apa yang Allah beri adalah yang terbaik untuk diriku.

Dewan Sultan Badlishah...Tempat Yang Penuh Nostalgia

Rumah Sewa Qurratul 'Ain. Kitaorang panggil QA. Tapi ana tinggal di QQ

Queen Qontrol…J…lawak je.

(Qurratul Qalbi)

Penyejuk Hati

Ini La Jejantas Yang Selalu Ana Panjat Untuk Ke Seberang Jalan. Pelajar Berdisiplin La...

Dulu...Kalau Pi Pasar Tu...Gheja Nak Tangkap Gambar Ja...La Nie...Tak Dan Aih...Nak Pilih Buah La

Rindu Mesia La Time Nie...

Pastu, teringat ana, pada sebuah janji sebelum datang ke Mesir ni. Namun, janji tu sering diabaikan. InsyaAllah ana akan cuba. Terus melangkah...biar pun ranjau dan duri terpaksa diredahi. Moga Allah beri kekuatan. Membimbingku di setiap langkah...amiiin

Korang Berdua Memang Kan...Time Ateh Nak Ambil Gambar Time Nie La...Korang Nak Sembunyi2 Muka.

*Kenangan itu masih segar di ingatan...Alhamdulillah... Buat semua guru-guru yang disayangi, semoga Allah memberi rahmat di atas setiap pengorbananmu...amiiin



6.5.11

Selamat Belajar Wahai Pejuang!




Assalamu'alaikum...untuk entry kali ini,ana nak cerita sikit.Tidak lama lagi kami,pelajar-pelajar di Mesir ini akan menduduki exam.Jadual ada yang dah keluar...tapi ana tak tengok lagi kat papan kenyataan tu.

Ana sekarang ini juga sedang tumpu pengajian di Markaz Nil Lil Banat...jadi,sudah banyak hari tidak menghadiri kuliah di Universiti Al-Azhar.MasyaAllah...,banyak ilmu-ilmu yang ana tidak dapat dengar daripada pensyarah seperti mereka yang lain.Jadi,entry kali ini..."Selamat Belajar Wahai Pejuang"tiada apa sangatlah yang ana mahu kongsikan.Cuma mengharapkan sahabat-sahabat sekalian turut mendoakan kejayaan kita bersama.

Benar,jangan belajar hanya semata-mata kerana peperiksaan.Bila exam tamat,maka tamatlah riwayat hidup buku...TIDAK!...Bukan begitu sekali...namun peperiksaan ini penting kerana ia memberikan kita natijah tahap kefahaman kita terhadap ilmu itu...INSYAALLAH..Jadi,sentiasalah kita belajar bersungguh-sungguh untuk memahami sesuatu bidang ilmu itu.

Please...jangan abaikan dan bazirkan waktu dan peluang yang ada.Cari kekuatan untuk menghadapi segala ujian.Kepada ALLAH kita menyembah dan kepadaNYA kita meminta pertolongan...

kepada Mak dan Abah,keluargaku,guru-guru,sanak-saudara,sahabat-sahabat,muslimin dan muslimat sekalian...doakan kejayaan kami di sini...moga ketenangan mekar terasa di hati...amiiin Ya Rabbal 'Aalamiiin...

~mode: jangan leka...struggle yer...insyaAllah~

3.5.11

Tazkirah Buat Semua

Dari Mana Datangnya PHD

(PENYAKIT HASAD DENGKI)

1.PERMUSUHAN.Dua orang yang bermusuh atau berbalah sering menaruh perasaan dendam dan niat yang tidak elok terhadap musuhnya.Jika musuhnya mendapat nikmat lebih daripadanya, maka sifat kedengkian akan semakin bertambah.Marah akan semakin membara.Dia tidak bimbang seandainya nikmat itu tidak diperolehinya asalkan musuhnya juga tidak mendapat nikmat tersebut.

2.SOMBONG DAN ANGKUH.Sifat sombong yang menyelinap dalam diri setiap insan akan menjadikannya tidak senang hati dan tidak senang duduk melihat insan lain mendapat nikmat melebihinya.Maka perasaan hasad dengki akan mula tumbuh dalam hatinya.Dia sering memandang rendah terhadap insan-insan di sekelilingya dan angkuh dengan kelebihan yang ada pada dirinya.Sedih sekali.Dia tidak menyedari kelebihan yang dimilikinya itu hanya bersifat sementara.Namun itulah penyakit hati yang gersang dari siraman iman,tandus kekeringan.

3.KECINTAAN KEPADA DUNIA.Antaranya ialah harta dan kuasa.Dikatakan antara sebab pendeta Yahudi enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah kerana takut hilang kuasa.Justeru itu,ingatlah harta dan kuasa hanyalah perhiasan dunia semata-mata.Tiada yang kekal abadi melainkan Allah Subhanahu Wata’ala.Perasaan cintakan dunia menyebabkan manusia tidak dapat melihat sesuatu dengan mata hatinya kerana diselaputi penyakit hasad dengki yang membuak-buak.

4.TAKUT KEHILANGAN SESUATU.Seringkali wujudnya persaingan yang tidak sihat sesama manusia bagi mendapatkan sesuatu yang sedikit atau terhad.Maka,perasaan hasad dengki sukar untuk dielakkan bagi mereka yang imannya terlalu nipis.Jadi,janganlah kita lupa bahawa Allah Maha Memiliki segala sesuatu.Berserahlah kepadaNYA.Maka sama-samalah kita menghiasi iman dengan akhlak yang terpuji.Menjadikan Nabi kita sebagai Qudwah Hasanah.Sentiasalah kita takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Ayuh Penuntut Ilmu,

sucikan hatimu dengan zikrullah

milikilah hati nurani

agar hidupmu diredhai

please…jangan ‘jealous’ terhadap kebahagiaan dan kesejahteraan hidup orang lain.Jika kita sama-sama menjaga hati…insyaAllah kita semua akan bahagia di dunia dan akhirat…

katakan tidak pada penyakit hasad dengki

Kiriman:Nur Shuhada Mansor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...