6.6.11

Iskandariah With Love



Baru-baru nie, hari khamis saya bermusafir ke Iskandariah...Alhamdulillah diberi peluang untuk merantau jauh. Erm, perjalanan ke Iskandariah nie 2-3-4 jam selalunya dari Kota Kaherah. Saya pergi menziarahi saudara-mara dan sahabat kat sana. Sambil-sambil tu jalan2 ambil angin sebelum nak exam.

Memandangkan family kat Malaysia pun pakat2 berjalan jauh, maka saya pun teringin bebenor nak berjalan jauh gak...betul tak Nurhidayah ?. Erm mak abah family pi Terengganu dgn saudara mara yang lain(rombongan pengantin perempuan ke sana, Mak Su kawin), Nur Sakiinah, adik pi lawatan ke KL, Melaka, dan Negeri Sembilan. Dan saya ke Iskandariah. Sampai di sana pon tak jalan2 mana sgt pon. Pergi tepi pantai tengok kebiruan laut dan alam ciptaanNYA yang sangat indah... Sambil2 menghafal kat sana. Persediaan untuk imtihan syafawi. Alhamdulillah dah selesai tadi imtihan syafawi Tauhid.









Alhamdulillah, buat kali pertama diberi peluang untuk berendam kaki dalam air laut di pantai Iskandariah. ~Rasa tenang bila tengok kebiruan air laut. InsyaAllah ada rezeki sampai lagi sana...~Iskandariah With Love~

Nak dengar dak cerita lucu : bagi saya pengalaman nie antara pengalaman yang sukar untuk saya lupakan hingga kini...erm, memandangkan asyik berendam kaki(bukan takat kaki) kasut sekali, maka kasut tu barangkali gam dia tak dapat nak berfungsi dengan baik...pelekat dia asyik terbuka balik ja. Barangkali pasir-pasir yang melekat pada pelekat kasut sama. Hari sabtu dah nak balik Kaherah, saya keluar awal pagi la jugak. Pastu tiba2 nampak kereta api dah nak sampai (kereta api 1 junaih ja tambang dia) coz nak pi ke Saiyyidi Jabir. Kat sini, depa panggil Sidi Gabey. Dalam hati dok rasa macam nak kena lari ja. Tengok2 betul. Dia dah mula bergerak perlahan2. Maka, saya pon lari mengejar train tu.

Tiba-tiba kasut tu terbuka pelekat dia. Saya pon patah balik ambik kasut tu. Mula-mula ingat nak tinggal ja. Alhamdulillah Allah beri kekuatan untuk ambil kasut tu. Lagipun, saya bawa 3 pasang kasut mai Mesir nie. Saya berikrar tidak akan menukar kasut selagi ketiga-tiga tu tidak rosak, ghelai ka apa ka. Allah memberi saya keyakinan untuk berusaha.

Dari jauh saya buat gaya minta sahabat saya naik dulu. Lepas ambik kasut tu, saya terus berlari menuju ke pintu masuk train. Alhamdulillah sempat masuk. Masuk-masuk tu, tengok lantai train tu berair. Licin sebab air ikan, udang melimpah kat lantai. Tak la banyak sangat. Alhamdulillah tak tergelincir. Duit tambang pon saya bagi pada sahabat saya. Minta tolong dia bayar. Bagi duit kat dia pon sampai tangan terketar-ketar.

~Dalam kereta api pon, saya dok senyum sorang-sorang. Gelagat saya yang agak kalut. Perasaan malu mula menebal dalam diri. Macam heroin filem la pulak rasanya.~

Saya cerita pada abang saya, Ridzuan Affandi pengalaman ni, dia kata "bahaya tu, lain kali hati-hati". Tapi dia kata memang lawak pun.


'Ala kulli hal, semuanya dari Allah. Apa yang ditetapkan adalah yang terbaik untuk hambaNYA. Mengembara, merantau, melihat alam. Antara kenangan yang terindah~

6.10 p.m waktu Mesir

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

slm alaik...best tngok blog kak...rsa dpt ketenangan ja... syok dpt share pengalaman ngn org Mesir...
lain kli...hti2x bila dh jd cmtu...
kasut dh tercabut la...mcm2x... dok ikiut sungguh perangai yg dulu... lawak ja noh...

cahaya pejuang berkata...

wa'alaikumussalam...
insyaAllah...ubah sedikit demi sedikit. insyaAllah khair~

Unknown berkata...

syoknya dia p alex...hurm dah laa laut warna biru,,,ish asa mcm nak mandi ja,...kak ni mcm2 lorh ,.hurm ,,bawak baju salin x ?hhaha
p la mandi sekali..

cahaya pejuang berkata...

tak pergi berenang pun. ajak sahabat kat iskandariah bawa pi jalan2. pastu dia bawa pi pantai. alhamdulillah. best pi sana

durratunnajah berkata...

hihi..sronoknya..
mz u so0 much..

cahaya pejuang berkata...

alhamdulillah seronok rase...
erm, teringat jugak dekat pantai dekat rumah kami tu...:)

yui berkata...

tak pernah lagi g iskanddariah...lawa gak no pmandangan dy...huhu bila nak dapat g ni..kena plan =p=p=p


rosak sepasang..ada lg dua...

cahaya pejuang berkata...

~na'am...سبحان الله ما أجمل المناظر
alhamdulillah ana dah pergi 3 kali dah . kat sana jugak ada Maktabah kalau tak silap nama dia Maktabah Alexandaria. kat sana ana pernah try guna internet free utk sejam.
x pe, insyaAllah nanti sampai la sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...