13.7.11

MARTABAT CINTA

Para Ulama' menyebut mahabbah ada 10 peringkat
    • 1-'ALAQAH...ikatan hubungan. Dinamakan demikian kerana hati terikat dengan kekasih
    • 2-IRADAH...kecenderungan hati kepada kekasih dan mencarinya
    • 3-SYABABAH...getaran kerinduan hati kepada kekasih yang tidak mampu dikawal oleh tuannya. Ia umpama curahan air ke lembah yang curam
    • 4-GHARAM...cinta yang tetap di hati yang tidak terpisah darinya bahkan sentiasa melazimi hati umpama orang yang terlalu mencintai kekasihnya
    • 5-WIDAD...kesucian, kejernihan, dan pati mahabbah
    • 6-SYAGHAF...cinta sampai ke lubuk hati. Imam Junaid rahi berkata : syaghaf ialah pencinta tidak melihat kekeringan cinta bahkan dia melihat keadilan dan kesetiaannya
    • 7-'ISYQ...cinta melampau yang dikhuatiri oleh tuannya sendiri
    • 8-TATAYYAM...pengabdian dan kerendahan diri. Dikatakan : cinta telah melanda, iaitu cinta merendahkannya dan mengabdikannya
    • 9-TA'ABBUD...ia lebih tinggi daripada tatayyam. Hamba yang bercinta menjadi lupa diri
    • 10-KHILLAH...khusus untuk khalilaan - dua orang kekasih - iaitu Ibrahim dan Muhammad 'alaihimassolatu wassalam. Ia adalah mahabbah yang memenuhi roh dan hati pencinta sehingga tiada lagi ruang untuk selain kekasih
SEBAB YANG MENDATANGKAN MAHABBAH
    • 1-membaca Al-Quran dengan penuh tadabbur untuk memahami makna serta apa yang dikehendaki daripadanya
    • 2-mendekatkan diri kepada Allah dengan perkara sunat setelah melakukan yang fardhu. Ia boleh menyampaikan seseorang kepada darjat mahbubiyyah setelah melalui mahabbah
    • 3-sentiasa mengingati Allah dengan lidah, hati, amalan, dan tingkah laku dalam semua keadaan. Apa yang diperolehi daripada mahabbah adalah mengikut kadar zikirnya kepada Allah
    • 4-berkorban terhadap apa yang disukai Allah berbanding apa yang disukai diri sendiri terutama ketika dikuasai nafsu dan sejuk kepada kecintaanNYA sekalipun pendakian itu sukar
    • 5-hati menyaksikan nama-nama Allah, sifat-sifatNYA, musyahadah serta ma'rifah terhadapNYA. Dia hanya berbalik-balik di taman ma'rifah ini serta berpegang dengan kaedah asasnya. Sesiapa yang mengenal Allah dengan nama-namaNYA, sifat-sifatNYA, af'alNYA, nescaya dia pasti menyintaiNYA
    • 6-menyaksikan kebaikan, ihsan, dan nikmat Allah sama ada yang batin mahupun yang zahir kerana ia mendorong ke arah kecintaan terhadapNYA
    • 7-seluruh hati remuk di hadapan Allah kerana merendah dan menghina diri terhadapNYA
    • 8-berkhalwah atau bersendirian dengan Allah ketika tajalli Ilahi bertujuan untuk bermunajat kepadaNYA lebih-lebih lagi pada waktu sahur. Membaca Al-Quran dengan hati yang tenang serta beradab di hadapanNYA, kemudian mengakhiri dengan istighfar dan taubat
    • 9-sentiasa bersama dengan golongan pencinta yang sadiq dan memetik kata-kata terbaik mereka seperti memetik buah yang terbaik. Antara adab bersama mereka ialah tidak bercakap di hadapan mereka melainkan apabila benar-benar yakin adanya masalah dan percakapan itu menambahkan ahwal diri dan bermanfaat kepada orang lain
    • 10-menjauhkan semua penyebab yang menjadi penghalang di antara hati dengan Allah 'Azzawajalla


24.6.11

Bahasa Arab



Sebenarnya seronok apabila dapat belajar bahasa arab. Alhamdulillah saya mula belajar bahasa arab sejak umur 6 tahun. Namun, banyak kelemahan dalam menguasai bahasa arab. Apapun, kita tak perlu risau. Setiap hari kita perlu mempraktik dan melatih diri kita bercakap atau menulis apa2 sahaja yang berkaitan bahasa arab. Lebih elok jika kita menyusun cara belajar bahasa arab

Kenapa bahasa arab penting untuk kita pelajari...~
1-Bahasa syurga. Bahasa arab bahasa Al-Quran dan bahasa Hadis. InsyaAllah kita akan merasa zouq ketika membaca Al-Quran dan Hadis.
2-Diberi pahala apabila bertutur bahasa arab
3-Bahasa arab mempunyai 1001 keunikan yang tidak syak lagi
4-Apabila kita menuntut ilmu di negara Arab ini, maka tidak dapat tidak kita perlu menguasainya.
5-Memahami kitab-kitab agama, dan asal-usul sesuatu ilmu itu terutama ilmu agama.


ni meja study tahun lepas...share 2 orang...tahun nie, satu rak ni semua buku saya...buku bertambah banyak

~kadang-kadang saya tak faham kenapa orang tak minat bahasa arab. katanya susah. segan/malas tak mau cakap...:)

take the chance...improve your arabic language...~

ok...bahasa arab tu sendiri ada sifat-sifatnya :

أولا- الإعراب
ثانيا- كثرة المرادفات
ثالثا- الاشتقاق







16.6.11

Berikan Aku Kesabaran


Imtihan di Markaz Nil...:), tempat saya selalu kat belakang...sbb pe yer?


Untuk post kali ini, suka utk saya taipkan tentang "SABAR"
Musim panas di BUMI MESIR ini banyak mengajar erti kesabaran. "Saya seorang yang cepat marah". Namun, perlukah saya membiasakan diri saya dengan suka marah-marah. Tentu sekali tidak kerana saya tahu itu adalah salah satu daripada sifat mazmumah, dan syaitan pun seronok la jika saya berakhlak dengan akhlak sebegitu. Erm, sekarang ni kita berada di bulan REJAB, bulan yang menghampiri bulan RAMADHAN. So, jadikan bulan Rejab sebagai madrasah mencari kekuatan, mengumpul kekuatan sebagai bekalan menempuh RAMADHAN.

Kenapa kita patut jadikan bulan REJAB sebagai MADRASAH mengumpul kekuatan...?
kerana "KU MENGHARAPKAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA AGAR DAPAT KU LALUI DENGAN SEMPURNA", apabila tibanya bulan Ramadhan, seringkali terdetik di hati kita mengungkap ayat2 ini...Maka, ujian2 yang Allah hamparkan buat kita, cubalah sedaya upaya kita menyambut ujian2 itu sebagai cara Allah Subhanahu Wata'ala mengekalkan kita dalam kebaikan. InsyaAllah, seorang hamba yang bersangka baik dengan setiap ujian Tuhannya akan merasai kemanisan memiliki sifat sabar. Maka sentiasalah berdoa agar dipanjangkan umur dapat berada dalam ketiga-tiga bulan Islam ini iaitu, Rejab, Sya'aban dan Ramadhan.

Kembali kepada tajuk entry kali ini : suka untuk saya kongsikan sedikit pengisian berkaitan sabar. Ulama'-ulama' mentaarifkan sabar dgn pelbagai taarif. Apa yang penting ialah sebagaimana yang disebut oleh Dzun Nun Al-Misri rahi ; "Sabar ialah menjauhkan diri dari mengingkari, tenang ketika menelan kepahitan bala serta menampakkan ketidakperluan kepada makhluk ketika ditimpa kefakiran dalam menempuh ranjau kehidupan"

Ulama' juga menyebut bahawa sabar mempunyai pembahagian yang berbagai-bagai dan semuanya merujuk kepada 3 jenis iaitu :-
1)Sabar melakukan ketaatan
2)Sabar daripada melakukan maksiat dan kejahatan
3)Sabar di atas musibah yang mendatang

Sabar itu sebahagian daripada iman dan merupakan rahsia kebahagiaan insan, sumber keselamatan ketika bala, persediaan seorang mukmin ketika menghadapi saat getir, juga ketika diselubungi fitnah dan cabaran. Sabar juga merupakan senjata bagi salik dalam mujahadah melawan nafsu, membawanya untuk istiqamah mengikut syariat Allah Subhanahu Wata'ala serta menjaganya dari tergelincir ke lembah kebinasaan dan kesesatan.

Disebabkan kepentingannya yang begitu agung dan kedudukannya yang begitu tinggi, Allah Subhanahu Wata'ala telah menyebutnya di dalam Al-Quran sebanyak lebih kurang 90 tempat. Kadang-kadang pada sesetengah ayat Allah menyuruh agar bersabar, firmanNya :


Normal 0 false false false false EN-US X-NONE AR-SA MicrosoftInternetExplorer4

(١٢٨)Italicٱسْتَعِينُوا بِاللهِ وَٱصْبِرُواۖ……

"...Dan pohonlah pertolongan dengan Allah serta bersabarlah..." [Surah Al-A'raf : 128]


Akhir sekali, saya ingin mengingatkan kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat agar sentiasa mengambil kesempatan waktu untuk memperbanyakkan selawat dan beristighfar. Moga-moga kita tergolong dalam orang yang memiliki kesabaran dan sentiasa senyum ketika merasai kepayahan...Hatiku milikMU Ya Rabb...<3

*Apakah maksud salik ?
2.00 pagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...