24.3.10

khas buat mak dan abah...



salam rindu bersalut kasih
salam cinta bersemi mahabbah
bonda...ayahanda...
anakanda di sini terlalu merinduimu
rindu akan saat itu,
sekian lama ia berlalu
pahit manis sama-sama kita rasa
tangisan,gelak tawa riuh kedengaran
hadir...menemani detik itu
jadi saksi bahagianya bersamamu
bahagia punyai bonda dan ayahanda
memahami diri ini
sering kali anakanda lemah semangat
tidak yakin untuk terus melangkah
goyahnya perasaan ini...
Dikau tetap datang
membawa secebis kata
tidak banyak...tapi penuh pengucapan
terisi hatiku...

YA TUHAN
hikmahnya pedoman yang Kau
lontarkan...

Bonda...ayahanda...
terima kasih yang tidak terhingga
melahirkanku,menjaga dan mendidikku
akanku simpan dalam kotak kenanganku
saat-saat indah itu
agar ku tahu kasih sayangmu
tidak terbalas dengan wang ringgit...mahupun
harta sebesar mana sekalipun
oh insan yang amat ku sayangi
maafkanku...
andai tingkah laku,tutur kata
dan budi bicaraku
menyentuh hati nuranimu
mengguris perasaanmu.
sepuluh jari ku susun
memohon kemaafan
restuilah perjalanan anakmu ini
doa dan nasihat daripadamu
sentiasa kuharapkan
bimbinglah anakmu ini...
agar menjadi perantau musafir perjuangan
yang kental hati dan jiwanya


5.3.10

JADILAH WANITA YANG CANTIK JIWANYA



Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari
sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal


sapa suka tengok bintang kt langit???
cepat ngaku!
ana nk kongsi sesuatu...


pemandangan bintang di langit sangatlah indah...keindahan yg sgt menarik hti.keindahan selalu berubah dgn beraneka mcm warna pd wktu yg berbeza-beza.blh tengokla wktu pgi berbeza dgn maghrib,keindahan wktu terbit dan terbenam matahari,keindahan malam purnama dan malam tnpa cahaya bulan rembulan,keindahan langit yg cerah dan langit yg diliputi awan.Bahkan keindahan itu berbeza,jam tertentu dgn jam yg lain,pndgn tertentu dgn pndangan yg lain,dri bilik tertentu dgn bilik yg lain.

semua itu adalah keindahan dan semuanya harus dinikmti dgn renungan

*Bintang yg kelihatan menyendiri nun jauh di sana bagaikan mata yg indah berkilauan memancarkan kecintaan dan seruan

*Dua bintang yg lain di tempat yg berbeza seolah-olah saling bersahutan

*Kelompok-kelompok bintang yg lain bertebaran di sana sini,bagaikan kumpulan orang-orang yg sedang berdiskusi nun jauh di sana di cakerawala langit.

rembulan yg pada awal kemunculannya di suatu malam kelihatan kecil,seterusnya beransur-ansur membesar pada malam-malam berikutnya,hingga ke sampai pada puncak kebulatannya kelihatan begitu cerah.Setelah itu ia mulai berkurang dan mengecil,hingga kelihatan bagaikan di awal kemunculannya dan di malam terakhirnya ia hampir tidak muncul sama sekali.

di Masjid Al-Azhar,,,malam

Ruang angkasa ini tidak pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai pada penghujungnya.Sesungguhya itulah keindahan iaitu keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk dinikmati.Akan tetapi manusia tidak dapat menggambarkan keindahan dan dan kebahagiaan yg mereka perolehi dgn untaian kata-kata...

...BUAT BEKALAN DI PERJALANANMU...
Kenyataan Yang Tidak Boleh Dihindari Harus Diterima,Jika Engkau Gelisah Sebab Kenyataan Itu,APA ERTINYA KEGELISAHAN ITU?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...