6.5.11

Selamat Belajar Wahai Pejuang!




Assalamu'alaikum...untuk entry kali ini,ana nak cerita sikit.Tidak lama lagi kami,pelajar-pelajar di Mesir ini akan menduduki exam.Jadual ada yang dah keluar...tapi ana tak tengok lagi kat papan kenyataan tu.

Ana sekarang ini juga sedang tumpu pengajian di Markaz Nil Lil Banat...jadi,sudah banyak hari tidak menghadiri kuliah di Universiti Al-Azhar.MasyaAllah...,banyak ilmu-ilmu yang ana tidak dapat dengar daripada pensyarah seperti mereka yang lain.Jadi,entry kali ini..."Selamat Belajar Wahai Pejuang"tiada apa sangatlah yang ana mahu kongsikan.Cuma mengharapkan sahabat-sahabat sekalian turut mendoakan kejayaan kita bersama.

Benar,jangan belajar hanya semata-mata kerana peperiksaan.Bila exam tamat,maka tamatlah riwayat hidup buku...TIDAK!...Bukan begitu sekali...namun peperiksaan ini penting kerana ia memberikan kita natijah tahap kefahaman kita terhadap ilmu itu...INSYAALLAH..Jadi,sentiasalah kita belajar bersungguh-sungguh untuk memahami sesuatu bidang ilmu itu.

Please...jangan abaikan dan bazirkan waktu dan peluang yang ada.Cari kekuatan untuk menghadapi segala ujian.Kepada ALLAH kita menyembah dan kepadaNYA kita meminta pertolongan...

kepada Mak dan Abah,keluargaku,guru-guru,sanak-saudara,sahabat-sahabat,muslimin dan muslimat sekalian...doakan kejayaan kami di sini...moga ketenangan mekar terasa di hati...amiiin Ya Rabbal 'Aalamiiin...

~mode: jangan leka...struggle yer...insyaAllah~

3.5.11

Tazkirah Buat Semua

Dari Mana Datangnya PHD

(PENYAKIT HASAD DENGKI)

1.PERMUSUHAN.Dua orang yang bermusuh atau berbalah sering menaruh perasaan dendam dan niat yang tidak elok terhadap musuhnya.Jika musuhnya mendapat nikmat lebih daripadanya, maka sifat kedengkian akan semakin bertambah.Marah akan semakin membara.Dia tidak bimbang seandainya nikmat itu tidak diperolehinya asalkan musuhnya juga tidak mendapat nikmat tersebut.

2.SOMBONG DAN ANGKUH.Sifat sombong yang menyelinap dalam diri setiap insan akan menjadikannya tidak senang hati dan tidak senang duduk melihat insan lain mendapat nikmat melebihinya.Maka perasaan hasad dengki akan mula tumbuh dalam hatinya.Dia sering memandang rendah terhadap insan-insan di sekelilingya dan angkuh dengan kelebihan yang ada pada dirinya.Sedih sekali.Dia tidak menyedari kelebihan yang dimilikinya itu hanya bersifat sementara.Namun itulah penyakit hati yang gersang dari siraman iman,tandus kekeringan.

3.KECINTAAN KEPADA DUNIA.Antaranya ialah harta dan kuasa.Dikatakan antara sebab pendeta Yahudi enggan mengakui kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah kerana takut hilang kuasa.Justeru itu,ingatlah harta dan kuasa hanyalah perhiasan dunia semata-mata.Tiada yang kekal abadi melainkan Allah Subhanahu Wata’ala.Perasaan cintakan dunia menyebabkan manusia tidak dapat melihat sesuatu dengan mata hatinya kerana diselaputi penyakit hasad dengki yang membuak-buak.

4.TAKUT KEHILANGAN SESUATU.Seringkali wujudnya persaingan yang tidak sihat sesama manusia bagi mendapatkan sesuatu yang sedikit atau terhad.Maka,perasaan hasad dengki sukar untuk dielakkan bagi mereka yang imannya terlalu nipis.Jadi,janganlah kita lupa bahawa Allah Maha Memiliki segala sesuatu.Berserahlah kepadaNYA.Maka sama-samalah kita menghiasi iman dengan akhlak yang terpuji.Menjadikan Nabi kita sebagai Qudwah Hasanah.Sentiasalah kita takut kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Ayuh Penuntut Ilmu,

sucikan hatimu dengan zikrullah

milikilah hati nurani

agar hidupmu diredhai

please…jangan ‘jealous’ terhadap kebahagiaan dan kesejahteraan hidup orang lain.Jika kita sama-sama menjaga hati…insyaAllah kita semua akan bahagia di dunia dan akhirat…

katakan tidak pada penyakit hasad dengki

Kiriman:Nur Shuhada Mansor

29.4.11

Jumaat...Usrah dan Halaqoh Cinta Islam


Jumaat yang lembut udaranya…Alhamdulillah,hari ini ana diberi peluang oleh Allah utk bersama dengan ahli muzakarah berkelompok yang lain.Kali ini usrah kami agak special kerana diadakan di Hadiqoh Dauliah…dekat ja dengan rumah…dekat2 pun naik teksi juga

Alhamdulillah usrah kali ini membuatkan ana rasa lain.Rasa manis sangat.erm,sebelum ke sana sebenarnya kami diberi tugas yang tidak la terlalu berat iaitu memasak…perempuan kalau memasak bagi dia adalah benda yang berat mungkin perlu muhasabah kembali la…(saya la tu)…

Masakan apa la yang dijadikan bekalan tu…erm,simple ja…nasi lemak

Best la…semua pakat bekerja.ahli usrah yang hadir tadi 4 orang termasuk 2 orang naqibah.

Penaja makanan...:)

Ukhti Shahirah=Telur goreng mayonis dan ikan bilis

Ukhti Mashitah=Fatirah dan kuah ayam

Ukhti Munirah=Air minuman

Ukhti Asma’=Sambal special

Ukhti Madihah=Nasi lemak serai

Ukhti Shuhada=Ikan bilis...goreng sahaja…(“,)simple kan…

Alhamdulillah bila digabung semuanya…macam ni la…so menarik kan?


Pelbagai pengisian ibadah dan ilmiah yang kami rancang…Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

Bacaan Ma’thurat,Tadarrus Surah Al-Insan,Terjemahan Surah Al-Insan,dan Tazkirah

Wa Ba’da Zaa lik,jalan2 kat taman…and then terus pulang naik teksi…J

22.4.11

Jumaat yang penuh ketenangan...hargai setiap detik di hari yang mulia ini...


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

Erm…tajuk di atas???

Itulah status yang ana letak dalam facebook...

Erm…hari ini 22.4.2011 kembali berblog setelah tamat berblog pada 26.4.2010…erm dah nak hampir setahun dah.

Agak lama bebenor.Mungkin sbb tak pandai menulis.(Tak pandai menulis tak mau nak habaq)…Tak tahu apa nak kongsi sama.

Tiba2 ja rasa nak sambung kembali.Dok tengok blog www.alovedayah.blogspot.com bukan main semangat lagi.sakan!

Dalam masa yang sama dok urus JELAPANG 2011.Zuqq nak berkarya dalam blog pun mai.Erm hari ini hari Jumaat.banyak benda baik yang saya rancang nak buat.InsyaAllah benda jahat2 tak buat la.Latihan dalam buku Markaz Nil pun tak habis lagi.Kerja rumah berlonggok2 tak settle lagi.Study pun belum lagi.

Erm cik cahayapejuang ni…please…fokus dengan kerja anda!jangan leka…

Semoga Allah memberikan kekuatan untuk melaksanakan amanah yang diberikan .Aamiiin

Ingat…jumaat yang penuh ketenangan…hargai setiap detik di hari yang mulia ini…

Tolong ibu masak kak dapur perkara yang mulia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...