13.7.11

MARTABAT CINTA

Para Ulama' menyebut mahabbah ada 10 peringkat
    • 1-'ALAQAH...ikatan hubungan. Dinamakan demikian kerana hati terikat dengan kekasih
    • 2-IRADAH...kecenderungan hati kepada kekasih dan mencarinya
    • 3-SYABABAH...getaran kerinduan hati kepada kekasih yang tidak mampu dikawal oleh tuannya. Ia umpama curahan air ke lembah yang curam
    • 4-GHARAM...cinta yang tetap di hati yang tidak terpisah darinya bahkan sentiasa melazimi hati umpama orang yang terlalu mencintai kekasihnya
    • 5-WIDAD...kesucian, kejernihan, dan pati mahabbah
    • 6-SYAGHAF...cinta sampai ke lubuk hati. Imam Junaid rahi berkata : syaghaf ialah pencinta tidak melihat kekeringan cinta bahkan dia melihat keadilan dan kesetiaannya
    • 7-'ISYQ...cinta melampau yang dikhuatiri oleh tuannya sendiri
    • 8-TATAYYAM...pengabdian dan kerendahan diri. Dikatakan : cinta telah melanda, iaitu cinta merendahkannya dan mengabdikannya
    • 9-TA'ABBUD...ia lebih tinggi daripada tatayyam. Hamba yang bercinta menjadi lupa diri
    • 10-KHILLAH...khusus untuk khalilaan - dua orang kekasih - iaitu Ibrahim dan Muhammad 'alaihimassolatu wassalam. Ia adalah mahabbah yang memenuhi roh dan hati pencinta sehingga tiada lagi ruang untuk selain kekasih
SEBAB YANG MENDATANGKAN MAHABBAH
    • 1-membaca Al-Quran dengan penuh tadabbur untuk memahami makna serta apa yang dikehendaki daripadanya
    • 2-mendekatkan diri kepada Allah dengan perkara sunat setelah melakukan yang fardhu. Ia boleh menyampaikan seseorang kepada darjat mahbubiyyah setelah melalui mahabbah
    • 3-sentiasa mengingati Allah dengan lidah, hati, amalan, dan tingkah laku dalam semua keadaan. Apa yang diperolehi daripada mahabbah adalah mengikut kadar zikirnya kepada Allah
    • 4-berkorban terhadap apa yang disukai Allah berbanding apa yang disukai diri sendiri terutama ketika dikuasai nafsu dan sejuk kepada kecintaanNYA sekalipun pendakian itu sukar
    • 5-hati menyaksikan nama-nama Allah, sifat-sifatNYA, musyahadah serta ma'rifah terhadapNYA. Dia hanya berbalik-balik di taman ma'rifah ini serta berpegang dengan kaedah asasnya. Sesiapa yang mengenal Allah dengan nama-namaNYA, sifat-sifatNYA, af'alNYA, nescaya dia pasti menyintaiNYA
    • 6-menyaksikan kebaikan, ihsan, dan nikmat Allah sama ada yang batin mahupun yang zahir kerana ia mendorong ke arah kecintaan terhadapNYA
    • 7-seluruh hati remuk di hadapan Allah kerana merendah dan menghina diri terhadapNYA
    • 8-berkhalwah atau bersendirian dengan Allah ketika tajalli Ilahi bertujuan untuk bermunajat kepadaNYA lebih-lebih lagi pada waktu sahur. Membaca Al-Quran dengan hati yang tenang serta beradab di hadapanNYA, kemudian mengakhiri dengan istighfar dan taubat
    • 9-sentiasa bersama dengan golongan pencinta yang sadiq dan memetik kata-kata terbaik mereka seperti memetik buah yang terbaik. Antara adab bersama mereka ialah tidak bercakap di hadapan mereka melainkan apabila benar-benar yakin adanya masalah dan percakapan itu menambahkan ahwal diri dan bermanfaat kepada orang lain
    • 10-menjauhkan semua penyebab yang menjadi penghalang di antara hati dengan Allah 'Azzawajalla


1 ulasan:

Athirah Jinal berkata...

salam kak syuhada, sirah nih.kawan dayah. semoga sihat di bumi Anbiya' sana,dan bila2 diberi kesempatan kita jumpa. insyaAllah,maila jengok blog kami. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...