25.4.10

Sanah Helwah Adikku


24.04.2010 ulgthun kelahiran Adikku,Nurhidayah Binti Mansor.
sedih...selalunya dpt ucp face to face.tp thun nie jauh di perantauan menelefon.
apapun kak ucapkan selamat hr lahir buatmu,,,semoga berjaya di dunia dan akhirat.
semoga kebahagiaan kan kita kecapi BERSAMA di akhirat sana.



akak doakan semoga nikmat dipanjangkan umur yg Allah berikan ini dapat adik gunakan dengan bijaksana.taburlah jasa dan bakti.cintakan Islam semaikan Iman dalam hati.moga dirimu tenang mengharungi liku-liku hidup ini....


kak ade pesanan untuk adik...terimalah ia(dari jauh ni...:))
  1. cintailah Allah.berusaha menjadi hamba yg bertakwa
  2. ikhlaskn niat dlm setiap pekerjaan...insyaAllah manis akan kau rasai di hujungnya...
  3. solatlah dengan khusyuk.cari ketenangan yang hakiki.
  4. sentiasa menambah amalan2 sunat-puasa,zikir dan selawat
  5. cintai Rasulullah.amalkan sunnah baginda-qudwah hasanah tauladan ummah
  6. jaga mak dan abah.berbakti kepada mereka.sama2 kita jaga hati mereka.
  7. jaga keluarga dan rumah yer...
  8. study awal2.jgn tnggu dekat exam.insyaAllah adik akn dpt lbih baik dr kak.kak sntiasa doa.
  9. sentiasa meningkatkan mutu akhlak.hiasi peribadi.jadilah muslimah sejati
  10. di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung.
kak nak ucap terima kasih kat dik yah kerana banyak membimbing diri ini.akhlakmu ku jadikan contoh.minta maaf atas salah dan silap yang dilakukan.tutur kata dan perbuatan mungkin banyak menyinggung hati adik.

renungkan...sama-sama praktikkan

oklah,,,untuk akhirnya,,,ada hadiah yg x seberapa mana.KHAS BUATMU.

DOAKAN kak di sini...menuntut ilmu mencari mutiara2 untuk dibawa pulang.tunggu kak yer:)
ok,,,jaga diri molek2.

16.4.10

PATAH HATI



LAGU kumpulan SAUJANA album baru...

kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
entah hilang seri
manakah manisnya
kau tidak seperti dulu
yang ku kenali dulu
madah tak berlagu
manakah girangnya

patah hati jangan terdampar sepi
jangan tersungkur mati
patah hati jangan leburkan mimpi
jangan memakan diri

Bukankah Tuhan
ciptakan malam untuk beradu
menanti siang
bukankah Tuhan
titiskan hujan
menanti limpah
kemarau panjang




kenapa dgn sahabat kita?
sedih,gembiranya,sakitnya...
pasti ada hikmah.
selami bersama.


patah hati jangan terdampar sepi

patah hati jangan tersungkur mati:):)


patah hati jangan leburkan mimpi:]:]


lihatlah bunga...salah satu cara penawar patah hati


AL-QURAN...penawar HAKIKI...
Tenang
membacanya SATU IBADAH
menjernihkan jiwa-jiwa yg kotor
NIKMAT ANUGERAH ILAHI
kalamNYA...
syukur segalanya dariMU

24.3.10

khas buat mak dan abah...



salam rindu bersalut kasih
salam cinta bersemi mahabbah
bonda...ayahanda...
anakanda di sini terlalu merinduimu
rindu akan saat itu,
sekian lama ia berlalu
pahit manis sama-sama kita rasa
tangisan,gelak tawa riuh kedengaran
hadir...menemani detik itu
jadi saksi bahagianya bersamamu
bahagia punyai bonda dan ayahanda
memahami diri ini
sering kali anakanda lemah semangat
tidak yakin untuk terus melangkah
goyahnya perasaan ini...
Dikau tetap datang
membawa secebis kata
tidak banyak...tapi penuh pengucapan
terisi hatiku...

YA TUHAN
hikmahnya pedoman yang Kau
lontarkan...

Bonda...ayahanda...
terima kasih yang tidak terhingga
melahirkanku,menjaga dan mendidikku
akanku simpan dalam kotak kenanganku
saat-saat indah itu
agar ku tahu kasih sayangmu
tidak terbalas dengan wang ringgit...mahupun
harta sebesar mana sekalipun
oh insan yang amat ku sayangi
maafkanku...
andai tingkah laku,tutur kata
dan budi bicaraku
menyentuh hati nuranimu
mengguris perasaanmu.
sepuluh jari ku susun
memohon kemaafan
restuilah perjalanan anakmu ini
doa dan nasihat daripadamu
sentiasa kuharapkan
bimbinglah anakmu ini...
agar menjadi perantau musafir perjuangan
yang kental hati dan jiwanya


5.3.10

JADILAH WANITA YANG CANTIK JIWANYA



Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari
sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal


sapa suka tengok bintang kt langit???
cepat ngaku!
ana nk kongsi sesuatu...


pemandangan bintang di langit sangatlah indah...keindahan yg sgt menarik hti.keindahan selalu berubah dgn beraneka mcm warna pd wktu yg berbeza-beza.blh tengokla wktu pgi berbeza dgn maghrib,keindahan wktu terbit dan terbenam matahari,keindahan malam purnama dan malam tnpa cahaya bulan rembulan,keindahan langit yg cerah dan langit yg diliputi awan.Bahkan keindahan itu berbeza,jam tertentu dgn jam yg lain,pndgn tertentu dgn pndangan yg lain,dri bilik tertentu dgn bilik yg lain.

semua itu adalah keindahan dan semuanya harus dinikmti dgn renungan

*Bintang yg kelihatan menyendiri nun jauh di sana bagaikan mata yg indah berkilauan memancarkan kecintaan dan seruan

*Dua bintang yg lain di tempat yg berbeza seolah-olah saling bersahutan

*Kelompok-kelompok bintang yg lain bertebaran di sana sini,bagaikan kumpulan orang-orang yg sedang berdiskusi nun jauh di sana di cakerawala langit.

rembulan yg pada awal kemunculannya di suatu malam kelihatan kecil,seterusnya beransur-ansur membesar pada malam-malam berikutnya,hingga ke sampai pada puncak kebulatannya kelihatan begitu cerah.Setelah itu ia mulai berkurang dan mengecil,hingga kelihatan bagaikan di awal kemunculannya dan di malam terakhirnya ia hampir tidak muncul sama sekali.

di Masjid Al-Azhar,,,malam

Ruang angkasa ini tidak pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai pada penghujungnya.Sesungguhya itulah keindahan iaitu keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk dinikmati.Akan tetapi manusia tidak dapat menggambarkan keindahan dan dan kebahagiaan yg mereka perolehi dgn untaian kata-kata...

...BUAT BEKALAN DI PERJALANANMU...
Kenyataan Yang Tidak Boleh Dihindari Harus Diterima,Jika Engkau Gelisah Sebab Kenyataan Itu,APA ERTINYA KEGELISAHAN ITU?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...