24.3.10

khas buat mak dan abah...



salam rindu bersalut kasih
salam cinta bersemi mahabbah
bonda...ayahanda...
anakanda di sini terlalu merinduimu
rindu akan saat itu,
sekian lama ia berlalu
pahit manis sama-sama kita rasa
tangisan,gelak tawa riuh kedengaran
hadir...menemani detik itu
jadi saksi bahagianya bersamamu
bahagia punyai bonda dan ayahanda
memahami diri ini
sering kali anakanda lemah semangat
tidak yakin untuk terus melangkah
goyahnya perasaan ini...
Dikau tetap datang
membawa secebis kata
tidak banyak...tapi penuh pengucapan
terisi hatiku...

YA TUHAN
hikmahnya pedoman yang Kau
lontarkan...

Bonda...ayahanda...
terima kasih yang tidak terhingga
melahirkanku,menjaga dan mendidikku
akanku simpan dalam kotak kenanganku
saat-saat indah itu
agar ku tahu kasih sayangmu
tidak terbalas dengan wang ringgit...mahupun
harta sebesar mana sekalipun
oh insan yang amat ku sayangi
maafkanku...
andai tingkah laku,tutur kata
dan budi bicaraku
menyentuh hati nuranimu
mengguris perasaanmu.
sepuluh jari ku susun
memohon kemaafan
restuilah perjalanan anakmu ini
doa dan nasihat daripadamu
sentiasa kuharapkan
bimbinglah anakmu ini...
agar menjadi perantau musafir perjuangan
yang kental hati dan jiwanya


5.3.10

JADILAH WANITA YANG CANTIK JIWANYA



Janganlah engkau mengeluh kerana bencana malam hari
sesungguhnya bencana dunia itu tiada yang kekal


sapa suka tengok bintang kt langit???
cepat ngaku!
ana nk kongsi sesuatu...


pemandangan bintang di langit sangatlah indah...keindahan yg sgt menarik hti.keindahan selalu berubah dgn beraneka mcm warna pd wktu yg berbeza-beza.blh tengokla wktu pgi berbeza dgn maghrib,keindahan wktu terbit dan terbenam matahari,keindahan malam purnama dan malam tnpa cahaya bulan rembulan,keindahan langit yg cerah dan langit yg diliputi awan.Bahkan keindahan itu berbeza,jam tertentu dgn jam yg lain,pndgn tertentu dgn pndangan yg lain,dri bilik tertentu dgn bilik yg lain.

semua itu adalah keindahan dan semuanya harus dinikmti dgn renungan

*Bintang yg kelihatan menyendiri nun jauh di sana bagaikan mata yg indah berkilauan memancarkan kecintaan dan seruan

*Dua bintang yg lain di tempat yg berbeza seolah-olah saling bersahutan

*Kelompok-kelompok bintang yg lain bertebaran di sana sini,bagaikan kumpulan orang-orang yg sedang berdiskusi nun jauh di sana di cakerawala langit.

rembulan yg pada awal kemunculannya di suatu malam kelihatan kecil,seterusnya beransur-ansur membesar pada malam-malam berikutnya,hingga ke sampai pada puncak kebulatannya kelihatan begitu cerah.Setelah itu ia mulai berkurang dan mengecil,hingga kelihatan bagaikan di awal kemunculannya dan di malam terakhirnya ia hampir tidak muncul sama sekali.

di Masjid Al-Azhar,,,malam

Ruang angkasa ini tidak pernah membuat manusia bosan memandangnya dan pandangan manusia tidak akan sampai pada penghujungnya.Sesungguhya itulah keindahan iaitu keindahan yang dimiliki oleh manusia untuk dinikmati.Akan tetapi manusia tidak dapat menggambarkan keindahan dan dan kebahagiaan yg mereka perolehi dgn untaian kata-kata...

...BUAT BEKALAN DI PERJALANANMU...
Kenyataan Yang Tidak Boleh Dihindari Harus Diterima,Jika Engkau Gelisah Sebab Kenyataan Itu,APA ERTINYA KEGELISAHAN ITU?

19.2.10

MALAS...DAN WAKTU PAGI...


Malas...
segala-galanya terasa malas!
kenapa yea???
sama-sama kita cari
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
jumpa dak lagi nie?,,,
ok...
jom kita muhasabah diri...koreksi diri
sejak bangun pagi,,,apa yang kita buat?
emmm...baca doa x?nie satu kita selalu lupa...
so,jgn lupa baca doa agar mendapat keberkatan dan sifat malas itu tak mengiringi perjalanan hidup kita dan lebih bersemangat di waktu pagi.

bermula di waktu pagi...kita nk mulakan tugasan,,,kerja-kerja rumah.
jadi,,,apa kata utk mengelakkan sifat malas nie,jgn kita tangguhkan kerja2 kita.
la tuakkhar amalil yaumi ilal ghadd.banyak sgt la pngalaman yg ana dpt drp menangguh2 kerja nie.mmg pun!kesudahannya terasa penat,kalut,gelabah dan sebagainya.salah satu tulisan yang ana petik dari buku U-TURN KE JALAN LURUS"pengajaran hebat dalam perubahan diri"...penulis buku,Ustaz Zul Ramli M. Razali ada mengatakan dalam Laman butiran kebijaksanaan bahawa menyedari waktu pagi ialah waktu untuk memperkukuh minda,emosi dan hati.Mendahulukan kedukacitaan akan menjerumus seseorang kepada hilangnya sifat redha terhadap ketentuan Allah terhadap kita.

bolehla nk cri kat kedai...

taknak MALAS dah,,,
nk jadi muslimah yang rajin???jom sama2 belajar dari kesilapan dan ambik pengajaran dr perkara2 yang sudah berlalu.

8.2.10

Pameran Buku.....Maa'rodh kutub!


assalamua'laikum...=) alhamdulillah.kali pertama semenjak berada di bumi anbiya',ana dikurniakan masa yg lapang utk pergi melawat pameran buku di sini.dlm bahasa arabnya,maa'rodh kutub
betul kan?maa'rodh kutub

dua kali dah pergi.mmg x puas klu pergi sekali ja!maa'rodh antarabangsa ni!besar-besaran la kan.dlm perjalanan ke sana kami pergi menaiki bas.balik rumah dgn teksi la.sebab apa???
pertamanya buku banyAk.Keduanya letih la kan berjalan.mmg luas!apapun jalan2 tue bukan membuang masa tp banyak merehatkan otak yg kepenatan setelah menghadapi fatrah imtihan yang berlansung hmpir 3 minggu.bagi sapa2 yg terlibat...syukur itu penting!banyak lagi kan faedah yg boleh kita dpt...ok,mari kita lihat buku yang ana beli.

inilah buku yang sempat ana beli...setahu ana...antara buku yang dibeli tue...ada dua buku yang diterjemah ke dalam bahasa melayu...cuba teka buku apa yg ana maksudkan?...


ni cara ana study kitab "100 kisah dari kehidupan IMAM AS-SYAFI'E.jelas x?
ana amat mengharap sgt jawapan dari kalian yang membaca post kali ini...jawapan ttg cara nk belajar memahami maksud yang terkandung,cara nk baca kitab dan sebagainye...ye la dalam bahasa arab.jadi,,,perlu tahu kaedahnya...


SAMA2 kita mencontohi kepimpinan ULAMA'...


ketenangan di bumi anbiya'...

ok,setakat ini saja!semoga dpt bertemu kembali...ilalliqo'.maa'ssalaamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...